Puluhan ribu belia Sabah menggangur
Katanya, para belia itu tidak ada pilihan lain kecuali keluar dari negeri ini mencari pekerjaan di seberang laut luar kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) Sabah gagal menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi.
"Lebih 60,000 belia di Sabah telah dikenal pasti masih lagi menganggur. Ramai daripada mereka ini telah pergi ke Semenanjung Malaysia atau luar negara mencari pekerjaan.
"Apa yang menyedihkan ialah sebahagian daripada mereka itu terpaksa hidup merempat apabila gagal mendapat sebarang kerja.
"Ada diantara mereka bergantung hidup di atas ehsan NGO bagi mendapatkan sesuap nasi malah segelintir daripada mereka terpaksa tidur dikaki lima kerana tidak ada tempat berteduh," katanya.
Beliau berucap pada majlis perhimpunan belia SAPP Kota Kinabalu yang telah diadakan pada ahad lalu di Likas.
Turut hadir, Timbalan Presiden SAPP merangkap Ahli Parlimen (MP) Sepanggar Datuk Eric Majimbun, Timbalan Presiden SAPP merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas Datuk Liew Teck Chan, Setiausaha Agung SAPP Datuk Richard Yong dan Bendahari Agung SAPP Dullie Marie.
Tidak ketinggalan, Ketua Wanita SAPP merangkap ADUN Luyang Melanie Chia, MP Tawau Datuk Dr. Chua Soon Bui, Ketua Penerangan SAPP Chong Pit Fah dan barisan Ahli Majlis Tertinggi SAPP serta para pemuda SAPP.
Edward berkata, kerajaan negeri Sabah pada satu ketika dahulu pernah menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyiasat isu belia yang merempat di Semenanjung.
"Bagaimanapun sehingga ke hari ini tidak ada sebarang langkah diambil untuk menyelesaikan masalah itu. Lebih buruk lagi ialah semakin ramai belia Sabah merempat di Semenanjung.
"Nampaknya, kerajaan Barisan Nasional (BN) Sabah yang ditunjangi UMNO pada hari ini tidak peduli akan nasib malang yang menimpa belia Sabah itu malah telah gagal menyediakan pekerjaan mencukupi untuk generasi muda ini," katanya.
Menyentuh mengenai politik semasa, Edward berkata, BN Sabah kini mulai gentar akan kebangkitan SAPP yang tidak pernah jemu memperjuangkan nasib rakyat segenap lapisan. Dapat dilihat bendera yang SAPP pasang diluar bangunan telah dicabut dan dirampas oleh pihak yang berkuasa, tetapi bendera yang dipasang oleh Umno BN di tepi jalanraya putatan dibiarkan begitu sahaja.
Katanya, BN mula menyedari akan kekuatan SAPP yang boleh menumbangkan mereka pada pilihanraya umum kali ke-13 akan datang.
Edward berjanji segala kepincangan dalam pentadbiran kerajaan BN Sabah akan diperbetulkan apabila SAPP mengambil alih tampuk pemerintahan negeri selepas memenangi pilihanraya umum nanti.
No comments:
Post a Comment