SAPP janji bantu rakyat miliki rumah
Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee berkata, golongan sasar adalah belia yang berkahwin buat kali pertama dan masih belum memiliki rumah.
"SAPP pernah membantu rakyat Sabah memiliki kediaman selesa ketika saya memegang jawatan sebagai Ketua Menteri dari tahun 1996 hingga 1998.
"Para setinggan tempatan dan rakyat yang tidak memiliki rumah pada ketika itu dibantu sehingga mereka berjaya memiliki rumah masing-masing.
"Banyak estet perumahan dan perkampungan telah dibuka. Sebagai contoh, kita tidak perlu pergi jauh, di sekitar kawasan bandaraya ini sahaja kita telah bina Taman Keramat, Kampung Warisan, Kampung Cenderamata 1, Kampung Cenderamata 2 dan lain-lain lagi.
"Apabila menerajui kerajaan negeri Sabah selepas pilihanraya umum nanti, kita juga berjanji akan membina lebih banyak lagi rumah pada masa akan datang," katanya.
Beliau berucap pada majlis perhimpunan belia SAPP Kota Kinabalu yang telah diadakan di sebuah dewan Sekolah pada hari ahad lalu.
Teck Lee berkata, lebih parah lagi apabila puluhan ribu belia Sabah masih menganggur sehingga tidak mampu menyara hidup sendiri apa lagi memiliki rumah.
"SAPP apabila membentuk kerajaan nanti akan perbetulkan semua kegagalan dalam sistem pemerintahan kerajaan negeri Sabah yang ditunjangi UMNO ini.
"Walaupun pada masa ini kita berdepan dengan pelbagai rintangan tetapi perjuangan akan diteruskan sehingga beroleh kejayaan. Selaras dengan misi parti SAPP yakni, "mewujudkan sebuah kerajaan yang amanah, dan masyarakat yang progresif, adil dan sejahtera" SAPP akan kotakan janji," katanya.
No comments:
Post a Comment