SAPP sumbang kereta jenazah
Naib Presidennya, Jaafar Haji Ismail berkata, kuota itu perlu diberi lebih
kuota kerana ramai penduduk di negeri ini ingin menunaikan ibadah itu.
"Malangnya, banyak kuota yang diberi itu telah dirampas parti-parti
politik pemerintah seperti UMNO sehingga menyebabkan mereka yang layak
tersisih.
"Lebih menyedihkan lagi ialah terdapat ramai umat Islam di negeri ini yang
terpaksa menunggu sehingga bertahun-tahun sebelum nama mereka tersenarai
sebagai jemaah.
"Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa para
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung dan Ketua Kampung akan diberi
keutamaan dan bantuan untuk menunaikan fardhu haji pada tahun hadapan
bakal menambah masalah kepada perkara ini kerana bakal menyebabkan lebih
ramai umat Islam terpaksa menunggu lebih lama lagi untuk menunaikan ibadah
itu," katanya.
Kereta jenazah itu disampaikan oleh Wakil Urusan Aulis Auto Sdn. Bhd.
Majlis penyerahan itu di saksikan Presiden SAPP Datuk Seri Yong Teck Lee,
Penasihat parti Datuk Mohd Noor Mansur, Ahli Parlimen Sepanggar selaku
Timbalan Presiden Datuk Eric Majimbun, Ahli Dewan Undangan Negeri Likas
selaku Timbalan Presiden Datuk Liew Teck Chan dan Ahli Dewan Undangan
Negeri Luyang Melanie Chia.
Hadir sama, Bendahari Agung Durie Haji Marie, Naib presiden Don Chin ,Ahli
Majlis Tertinggi selaku Pengerusi Penganjur Majlis Mulkaseh Haji Renda dan
Penolong Setiausaha Agung Suaib Mutalib.
Mulkaseh berkata, satu jawatankuasa akan ditubuhkan bagi mengurus kereta
jenazah itu agar dapat memberi manfaat kepada para penduduk tidak kira
bangsa atau fahaman politik.
No comments:
Post a Comment