Wednesday, 16 May 2012

PARTI MAJU SABAH (SAPP)

Masyarakat Islam Sokong SAPP

KOTA KINABALU, 20 SEPT 2010: Parti Maju Sabah (SAPP) yakin parti itu dapat mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan negeri Sabah pada pilihanraya akan datang berdasarkan kepada sokongan kuat rakyat samada dari kalangan penduduk luar bandar mahupun bandar.
Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee berkata, keyakinan itu didapati apabila ramai rakyat berbilang kaum terutamanya mereka yang tinggal di luar bandar beramai-ramai menyertai SAPP.
"Konsep perpaduan tanpa mengira kaum yang diterapkan SAPP telah menarik minat ramai rakyat menyertai parti ini terutamanya mereka yang tinggal di kampung-kampung, pedalaman dan kawasan yang jauh dari kota," katanya.
Bekas Ketua Menteri itu merasmikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri SAPP 2010 peringkat negeri Sabah di Plaza Tanjung Aru, di sini, kelmarin.
Hadir sama isteri beliau Datin Seri Panglima Stella Yong, bekas Menteri Kewangan Sabah Datuk Mohd Noor Mansoor, Penasihat SAPP Datuk Murshidi Nambi, Penasihat SAPP Datuk Francis Yap, Timbalan Presiden SAPP merangkap Ahli Parlimen Sepangar Datuk Eric Majimbun dan Timbalan Presiden SAPP merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas Datuk Liew Teck Chan.
Turut hadir Setiausaha Agung SAPP Datuk Richard Yong, ADUN Luyang merangkap Ketua Wanita SAPP Melanie Chia, Naib Presiden Amdi Sidik, Naib Presiden Don Chin dan beberapa Ahli Majlis Tertinggi SAPP serta ahli politik veteran Datuk Saidi Lampoh.
Teck Lee berkata, ramai pemimpin politik beragama Islam juga kini menyokong dan seterusnya menyertai SAPP kerana percaya dan yakin dengan perjuangan parti berbilang kaum ini yang memperjuang dan menegakkan hak serta kepentingan rakyat Sabah.
Katanya, konsep menghormati agama yang di anuti para ahli serta pemimpin SAPP juga telah mendapat tempat dikalangan semua pihak apabila banyak program amal dijalankan pada bulan puasa baru-baru ini.
Menurut beliau, program amal dan pembahagian ole-ole pada bulan puasa yang diperluaskan ke kawasan-kawasan luar Kota Kinabalu seperti Kota Belud, Beaufort, Tanjung Aru, Sandakan, Tawau dan Lahad Datu telah menunjukkan penghormatan SAPP terhadap rakyat beragama Islam diterima semua pihak.
Katanya, selain itu semua pejabat SAPP sehingga ke peringkat Jawatankuasa Perhubungan Kawasan (CLC) di seluruh Sabah juga menghormati bulan puasa apabila tidak menghidangkan makanan atau minuman pada waktu puasa secara sukarela.
Beliau berkata, konsep saling hormat menghormati serta perpaduan yang diamalkan SAPP bakal menjadi pemangkin kepada pembentukan kerajaan negeri Sabah yang baru pimpinan SAPP selepas pilihan raya nanti.

No comments:

Post a Comment