Kembalikan Maruah dan Hak Rakyat Sabah
Sekumpulan penduduk-penduduk Kg Sembulan Lama seramai lebih dari 80 orang yang diketuai oleh Encik Marali Isnain, telah mengadakan majlis suai kenal di rumah beliau. Turut hadir dimajlis tersebut ialah mantan Menteri Kewangan Sabah era BERJAYA.
Datuk Hj Mohd Noor Mansur, Setiausaha Agung SAPP merangkap Pengerusi SAPP CLC N.17 Tanjung Aru, Datuk Richard Yong We Kong, Pen. Ketua Penerangan SAPP Encik Bahari Aship, Pengerusi Cawangan SAPP Sembulan Selatan Encik Kassim Busok dan beberapa orang ahli SAPP dari Tg Aru dan Putatan.
Dalam ucapan alu-aluannya, Encik Marali Isnain, hasrat penduduk Kg Sembulan Lama untuk menubuhkan cawangan dan seterusnya menyertai Parti Maju Sabah (SAPP). Beliau melahirkan rasa kecewa terhadap Kerajaan BN terutama sekali Wakil Rakyat yang sudah berkhidmat sebagai YB selama 3 penggal (15 tahun ), langsung tidak perihatin terhadap masalah rakyat dikawasan ini. Banyak janji-janji yang dikata tetapi tidak pernah dikota (janji-janji kosong).

Masalah air, tenaga letrik, jalan raya, perumahan dan masalah kaum nelayan yang diutarakan beberapa kali, tidak satu pun mendapat perhatian dan layanan.
Beliau dan pengikut-pengikutnya mengambil keputusan untuk menyertai SAPP atas dasar sebagai parti tempatan Sabah yang mengamal konsep berbilang kaum.
Setiausaha Agung SAPP, Datuk Richard Yong We Kong, berterima kasih kepada Encik Marali dan pengikut-pengikutnya kerana menunjukkan minat menyertai SAPP dan sanggup berjuang demi perubahan. Menurut beliau berdasarkan DASAR REFORMASI TANAH dan PELAN EKONOMI SAPP, yang sudah dilancarkan, Kerajaan SAPP akan bernekad untuk menyelesaikan masalah-masalah tanah rakyat yang diceroboh dan dirampas dan seterusnya berusaha untuk menyelesaikan masalah kemiskinan rakyat khasnya dan Negeri Sabah amnya.
Dalam tinjauan beliau dikawasan N 17 Tg Aru ini, banyak aduan-aduan rakyat berkenaan dengan masalah-masalah perumahan, lampu dan air, perparitan, jalan raya, jambatan, sampah sarap, masalah PTI hanya didengar telinga kanan keluar telinga kiri oleh Wakil Rakyat kawasan ini. Lebih 45 tahun kita merdeka, rakyat Sabah bukan bertambah senang malah mengalami kehidupan yang lebih susah dan teruk. Beliau menyarankan bahawa rakyat Sabah harus sedar dan bangkit untuk membuat perubahan demi anak cucu kita. Beliau memohon supaya rakyat memilih SAPP dalam pilihanraya yang akan datang ini untuk kepentingan rakyat dan negeri Sabah.
Datuk Hj Mohd Noor Mansoor dalam ucapannya, kagum dengan hasrat dan semangat juang dan mahukan perubahan penduduk Sembulan lama ini. Walaupun dengan usia yang sudah lanjut, memandangkan situasi menyedihkan rakyat dan negeri Sabah sekarang ini, beliau sanggup untuk sama-sama berjuang dalan parti SAPP sebagai parti tempatan Sabah yang mengamalkan konsep berbilang kaum. Kita tidak perlu dengar persepsi luar yang mengatakan SAPP ini parti kaum Cina. Persepsi ini sudah dianggap lapuk dan tidak boleh dipakai dan dalam parti SAPP sekarang ini terdapat ramai kaum bumiputra sama-sama berjuang untuk mempertahankan maruah dan harga diri serta hak rakyat Sabah yang sudah terhakis selama ini.
Menurut beliau Kerajaan UMNO/BN Sabah sudah tidak releven untuk terus memerintah. Sejak mencapai kemerdekaan dibawah UMNO/BN, Sabah sudah menjadi negeri termiskin di Malaysia. Tanah-tanah rakyat Sabah di rampas dan dicerobohi, hasil minyak dan gas Sabah 95% ditelan Kuala Lumpur dan Sabah hanya tinggal 5%. Gas hak milik Sabah disalurkan ke Bintulu untuk diproses melalui tanah-tanah rakyat dengan percuma.Dengan projek sebesar ini Sabah pasti akan mengalami kerugian besar.
Datuk Hj Mohd Noor Mansoor memohon keperihatinan rakyat Sabah supaya bersatu padu dan memberi sokongan padu kepada SAPP, parti tempatan Sabah untuk menyelesaikan seribu satu macam masalah yang kita hadapi selama ini.
Dalam majlis penutupan, Encik Marali Isnain telah menyerahkan 80 borang keahlian SAPP kepada Setiausaha Agung SAPP, Datuk Richard Yong We Kong disaksikan oleh Datuk Hj Mohd Noor Mansoor dan semua yang hadir.

keren!!!!!
ReplyDelete